|
KEPUTUSAN PENUH SUKAN ANTARA FAKULTI (SUFA) 2009 |
|
|
|
Written by usr
|
|
Thursday, 26 March 2009 |
|
KEPUTUSAN PENUHSUKAN ANTARA FAKULTI 2009 | ACARA | EMAS | PERAK | GANGSA | KE-4 | | BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN | FSU | FKP | FPQS | FEM | | TENPIN BOLING LELAKI | FMeD “A” | FPQS “B” | FSU “A” | FPQS “A” | | TENPIN BOLING WANITA | FSU “B” | FSU “A” | FMeD “B” | FMeD “A” | | SEPAK TAKRAW | FKP | FEM | FPQS | FPBU | | BOLA JARING | FST | FEM | FKP | FMeD | | MEMANAH LELAKI | FSU | FPQS | FEM | FPBU | | MEMANAH WANITA | FST | FSU | FPQS | - | | BOLA BALING LELAKI | FSU | FST | FKP | - | | BOLA BALING WANITA | FST | FEM | FPQS | PT | | BOLA SEPAK | FPQS | FSU | FEM | FMeD | | TENIS BERPASUKAN | FEM | FSU | FST | FPQS | | BOLA TAMPAR LELAKI | FPQS | FKP | FSU | FEM | | BOLA TAMPAR WANITA | FKP | FST | FSU | PT | | PING PONG BERPASUKAN | FSU | FEM | FKP | FMeD | | CATUR TERBUKA | FSU | FMeD | FEM | FKP | | BOLING PADANG LELAKI | FPQS | FSU | FPBU | FST | | BOLING PADANG WANITA | FSU | FST | FPBU | FMeD | | FUTSAL LELAKI | FPQS | FKP | FSU | FEM | | FUTSAL WANITA | FEM | FKP | FST | FPBU | | FRISBEE LELAKI | FEM | FST & FSU | - | - | | FRISBEE WANITA | FSU | FST | FEM | FKP | | ROAD RELAY LELAKI | FMeD “A” | PT “B” | FST “A” | FMeD “B” | | ROAD RELAY WANITA | FMeD “A” | FEM “A” | FSU “A” | FSU “B” | KEDUDUKAN AKHIR PUNGUTAN PINGAT DAN MATA KESELURUHAN | KONTINGEN | EMAS( 5 ) | PERAK( 3 ) | GANGSA( 2 ) | KE – 4( 1 ) | MATA | | FSU | 8 | 6 | 5* | 8* | 112** | | FMeD | 3* | 1 | 1 | 6* | 79** | | FEM | 3 | 5* | 4 | 3 | 69** | | FST | 3 | 5 | 3* | 1 | 62** | | FPQS | 4 | 2 | 4 | 2 | 60** | | FKP | 2 | 4 | 3 | 2 | 49** | | PT | - | 1* | - | 2 | 45** | | FPBU | - | - | 2 | 3 | 9** | JUARA KESELURUHAN : FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG – UNDANG * mata bagi acara Road Relay Lelaki dan Wanita diberikan mengikut format berbeza daripada Per. 10.4.1 Peraturan Am SUFA (m/s 4). Ia mengikut Per. 5.2.1 Peraturan Road Relay SUFA 2009 (m/s 40)** termasuk mata bagi acara Road Relay Lelaki dan Wanita |
|
Last Updated ( Thursday, 26 March 2009 )
|
|
|
USIM ANJUR TARIK TALI TERBUKA 2009 |
|
|
|
Written by usr
|
|
Friday, 06 March 2009 |
|
6 Mac 2009- Pada 28 Mac ( sabtu ) bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kompleks Sukan USIM, bakal berlangsung Kejohanan Tarik Tali Terbuka USIM 2009 bertempat di kampus Utama di Nilai Negeri Sembilan. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pasukan Tarik Tali USIM dikendalikan bersama oleh Bahagian Keselamatan serta Pusat Sukan USIM turut mendapat sokongan dari Majlis Sukan Kakitangan USIM. Kejohanan yang julung kali dipertandingkan ini bakal disertai lebih dari 30 pasukan dari seluruh negara termasuk dari agensi kerajaan, Kelab , IPTA dan pasukan badan beruniform. 2 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Awam yang terdiri dari dan Terbuka Beruniform termasuk ATM, Bomba dan PDRM. Sementara itu menurut En. Abdul Wahab Mat Zin selaku Pengerusi Kejohanan tersebut menyatakan kejohanan ini adalah sebahagian dari program persediaan kepada pasukan tarik talik USIM dan pasukan dari IPTA yang lain untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA kali ke 35 di Universiti Malaysia Terenganu Jun ini. Kita optimis untuk melihat jauh kejohanan seperti ini bakal memberi pendedahan kepada pasukan yang akan bertanding untuk kejohanan yang lebih besar lagi. Johan bagi setiap kategori bakal memenagi hadiah wang tunai RM 2000 selain medal dan beberapa hadiah menarik melalui pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah oleh pihak penganjur. Kepada yang berminat boleh menghubungi Setiausaha Kejohanan En. Rozaimi di talian 012 6731638 atau talian 06-7988065 /8062 / 8070 atau layari laman web Pusat Sukan USIM di www.infosukan.usim.edu.my Semua warga USIM dan orang ramai dijemput hadir |
|
Last Updated ( Friday, 06 March 2009 )
|
|
|
LARIAN PERDANA DAN PROGRAM SENAM CERGAS SENI SEMPENA MINGGU INTEGRITI USIM |
|
|
|
Written by usr
|
|
Saturday, 21 February 2009 |
|
21 Februari 2009 - Bersempena dengan Program Minggu Integeriti Pelajar USIM dari 23 hingga 27 Februari ini, pusat sukan USIM turut bersama memeriahkan pengisian program tersebut dengan menganjurkan Larian Perdana serta Program Senam Cergas Seni yang akan berlangsung dikampus utama pada 25 Februari 2009 bermula jam 5.00 petang. Program tersebut akan dimulakan dengan Larian Perdana bermula di Dataran Pusat Kemudahan Pelajar sehingga ke Kompleks Sukan yang akan diikuti dengan Senam Cergas Seni. Larian Perdana ini yang akan di sertai oleh ratusan mahasiswa akan berlari membawa Jalur Gemilang dan Baton Ikrar Integeriti melalui beberapa fakulti utama di USIM.
Disamping itu juga program tersebut akan turut dimeriahkan dengan pertunjukan dan demonstrasi sukan Paraglider yang akan bermula dari jam 2.00-6.00 petang yang akan terbang mengelilingi kampus dan kawasan persekitaran Nilai bagi mempromosikan program tersebut. Kepada semua peminat sukan dan mahasiswa dan kakitangan dijemput hadir menyertai program tersebut dengan berpakaian sukan yang kemas dan lengkap. UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN WARGA PUSAT SUKAN DITALIAN 06-798 6134/6133/6132/6131 AYUH SEMUA KITA BERSAMA MENJAYAKANNYA....... |
|
Last Updated ( Saturday, 21 February 2009 )
|
|
|
PEMBUKAAN KAUNTER OPERASI PUSAT SUKAN |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 04 February 2009 |
|
PEMBUKAAN KAUNTER OPERASI PUSAT SUKAN Bagi membantu melicinkan urusan tempahan kemudahan dan peminjaman alatan sukan serta urusan berkaitan perkhidmatan, Pihak Pusat Sukan akan melaksanakan operasi kaunter yang akan turut dibuka d ari jam 1.00-2.00 petang (ISNIN-KHAMIS) 12.15-1.00 petang ( JUMAAT) berkuatkuasa 3 Februari 2009 |
|
|
PASUKAN TENPIN BOLING STAF USIM LANCAR BLOG |
|
|
|
Written by usr
|
|
Wednesday, 04 February 2009 |
|
3 Februari 2009- Syabas dan tahniah kepada pasukan tenpin boling staf usim atas usaha mewujudkan ruangan interkatif untuk menyalurkan info terkini berkaitan aktiviti pasukan tenpin boling staf USIM... kepada yang berminat layari : http://pasukan10pinbowlingusim.blogspot.com/ |
|
Last Updated ( Thursday, 05 February 2009 )
|
|
|
SUKAN STAF ANTARA JABATAN USIM 2009 |
|
|
|
Written by usr
|
|
Monday, 02 February 2009 |
2 Februari 2009 - Majlis Sukan Kakitangan USIM ( MSKUSIM ) akan menganjurkan Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan 2008 dijangka pada 10 hingga 26 Februari ini di sekitar kampus USIM di Bandar Baru Nilai. Menurut sumber dari Pusat Sukan pada tahun ini pihak Pusat Sukan akan mengemukakan kepada JK Majlis untuk menganjurkan 17 acara seperti musim lalu dan tambahan 5 acara pada kali ini. Acara yang bakal dipertandingkan ialah : Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar L/W, Ping Pong Berpasukan, Catur Terbuka, Carom berpasukan, Tarik Tali dan Badminton Campuran, sepak takraw, boling padang, Petanque berpasukan , Tenpin Boling, Futsal, Tenis berpasukan dan Golf. Kejohanan ini juga bakal menjadi rujukan serta penilaian untuk memilih kakitangan USIM yang berbakat untuk menyertai Kejohanan Sukan Staf IPTA 2009 di Universiti Malaysia Terengganu Jun ini. Kepada yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut sila hubungi pihak urusetia di talian 06-7986134/6133/6132/6131 atau bersiap sedia dengan kontingen masing-masing seperrti butiran berikut : Zon Perkhidmatan ( Unit IT, Unit Pembangunan, Perpustakaan,HEP ) Zon Pentadbiran ( Bangunan PTM, Bendahari,Canselori,Pendaftar)
Zon Akademik 1 ( FSU,FQS,INFAD,FPBU,FPSK,PPS) Zon akademik 2 ( FKP,FEM,FST,TAMHIDI,PPU,PPPP)
| |
|
Last Updated ( Monday, 02 February 2009 )
|
|
|
PUSAT SUKAN ANJUR KEJOHANAN SEPAK TAKRAW JEMPUTAN |
|
|
|
Written by usr
|
|
Friday, 23 January 2009 |
|
23 Januari 2009 - Pusat Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memulakan kalender penganjurann aktiviti sukannya apabila bakal menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan USIM 2009 yang akan diadakan pada 31 Januari dan 1 Februari 2009 bertempat di satdium Tertutup Nilai Negeri Sembilan. Kejohanan julung kali yang diadakan ini adalah sebahagian dari komitmen Pusat Sukan USIM untuk menggalakkan pembudayaan aktiviti sukan di peringkat dalaman dan jemputan bagi memberi peluang semua pihak yang terdiri dari warga USIM dapat menyertai persaingan melalui penglibatan dari agensi luar. Sebanyak 32 pasukan dari sekitar Lembah Kelang dan Negeri Sembilan yang terdiri dari IPTA, IPTS, Majlis kerajaan tempatan serta pelbagai agensi bakal menyertai kejohanan ini yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM 1800.
Menurut sumber rasmi Pusat Sukan, penganjuran kejohanan sepak takraw seperti ini mempunyai tarikan dan peminat tersendiri kerana ia merupakan sukan tradisi dan boleh dimainkan oleh semua peringkat usia. Terdahulu pada 17 dan 18 Januari lalu pihak Pusat Sukan telah menganjurkan Klinik Khas Sepak Takraw yang telah diadakan di Stadium Tertutup Nilai bagi memberi peluang kepada warga USIM mempertajamkan kemahiran sukan berkenaan dalam usaha menyediakan pasukan USIM diperingkat pelajar dan kakitangan yang akan menyertai Sukan MASUM dan Sukan Staf IPTA pertengahan tahun ini. Berikut disertakan maklumat berkaitan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan USIM 2009 TAKLIMAT PASUKAN Tarikh : 28 Januari 2009 ( Rabu ) Masa : 2:30 petang Loaksi : Bilik Mesyuarat HEP, Bangunan Hal Ehwal Pelajar USIM
KEJOHANAN Tarikh : 31 Januari -1 Feb 2009 ( Sabtu & Ahad ) Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang Lokasi : Stadium Tertutup Nilai Perlawanan Akhir & Penyampaian Hadiah : 4.00 petang ( 1 Februari ) MASUK ADALAH PERCUMA Untuk keterangan lanjut hubungi talian Pusat Sukan di 06-7986134/6133 |
|
Last Updated ( Friday, 23 January 2009 )
|
|
|
SAINGAN SUFA 2009 SEMAKIN RANCAK |
|
|
|
Written by usr
|
|
Sunday, 18 January 2009 |
|
19 Januari 2008 - Minggu kedua Sukan antara fakulti (SUFA) menyaksikan kebangkitan beberapa pasukan fakulti yang memecahkan dominasi fakulti utama seperti FSU, FEM dan FKP. Terdahulu kejutan berlaku digelanggang bola baling wanita apabila pasukan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) berjaya memintas Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) apabila meraih pingat emas dengan jaringan sengit 5-4 pada perlawanan yang mengheret penentuan masa tambahan. Sementara itu Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) berjaya meraih kemenangan percuma setelah Fakulti Quran sunnah (FPQS)menarik diri pada perlawanan akhir atas sebab teknikal serta kejayaan pasukan FST lelaki memperoleh tempat ke 3 menewaskan Fakulti Kepimpinan dan pengurusan (FKP).
Dalam pada itu diarena bola sepak menampilkan jaguh baru dinobatkan kepada pasukan FPQS apabila menewaskan FSU di saingan akhir dengan penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sehingga masa penuh berakhir. FEM sekadar ditempat ketiga sementara Fakulti Perubatan dan sains kesihatan (FPSK) ditempat ke 4 dengan pencapaian yang memberangsangkan pertama kali layak ke separuh akhir. Digelanggang memanah yang mula dipertandingkan pada SUFA 2009 telah turut mencatat sejarah tersendiri apabila pasukan FSU mendominasi pungutan pingat emas bagi kategori wanita dan perak bagi pasukan lelaki Berikut disertakan keputusan rasmi SUFA 2009 sehingga 18 Januari 2009
| KEPUTUSAN ACARA PADA 10-11 JAN 2009 | | ACARA | EMAS | PERAK | GANGSA | KE-4 | | BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN | FSU | FKP | FPQS | FEM | | TENPIN BOLINGLELAKI | FMeD 1 | FPQS 2 | FSU 1 | FPQS 1 | | TENPIN BOLINGWANITA | FSU 2 | FSU 1 | FMeD 2 | FMeD 1 | | SEPAK TAKRAW | FKP | FEM | FPQS | FPBU | | BOLA JARING | FST | FEM | FKP | FMeD | | KEPUTUSAN ACARA PADA 17-18 JAN 2009 | | ACARA | EMAS | PERAK | GANGSA | KE-4 | | MEMANAH LELAKI | |
| |
|